ChatON

ChatON ialah perkhidmatan komunikasi mudah alih global yang diperkenalkan oleh Samsung Electronics pada September 2011. ChatON berkhidmat lebih daripada 120 buah negara dalam 62 bahasa. ChatON boleh didapati di Android, iOS, BlackBerry, Windows Phone (Samsung Zone), Windows Mobile (Korea), dan telefon pintar Bada. Di samping itu, klien web ditawarkan untuk mengakses perkhidmatan melalui penyemak imbas web. Pengguna boleh menjemput dan mendaftar rakan melalui Facebook dan Twitter serta berkongsi kandungan ChatON di Facebook. Antara ciri unik ChatON yang membolehkan pengguna membuat mesej Animasi, Penyiaran untuk menghantar notis peribadi dalam bilik sembang kumpulan, dan Trunk yang menyimpan fail media yang dikongsi dalam perbualan. Apabila pengguna log di ChatON, senarai kawan pengguna boleh didapati di mana-mana peranti yang bersambung.ChatON dilihat sebagai alternatif kepada WhatsApp.